? ??????????????Meant To Be? ????? ?? ???Rating: 3.7 (35 Ratings)??1 Grab Today. 11419 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????Heart Lines? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 1147 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, July 31, 2009

RAKYAT SETIA NEGARA BERJAYA

  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Thursday, July 30, 2009

HASRAT NEGARA

HASRAT NEGARA MELALUI RUKUN NEGARA IALAH:

  • memperkukuh perpaduan
  • membina identiti nasional
  • memupuk semangat kebangsaan
  • menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai dan menjadikan bangsa sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat
  • Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan
  • Memelihara corak hidup demokratik
  • membina masyarakat progresif

PRINSIP RUKUN NEGARA

PriNsIP rUKuN nEGara TerPeNtInG iAlaH........

  • KePerCaYAan KePaDa tUhAn

TAAT SETIA KEPADA RAJA DAN NEGARA

RaKyAt MeStI tAaT sEtIa kEpAdA rAjA daN nEgaRa kErAna..........

  • raja merupakan ketua negara
  • raja sebagai simbol penyatuan rakyat
  • pelindung hak istimewa peribumi
  • derhaka kepada raja bermaksud derhaka kepada negara

PERLEMBAGAAN TUNJANG UNDANG-UNDANG

SETIAP RAKYAT DAN ORANG ASING MESTI MENGHORMATI UNDANG-UNDANG NEGARA KITA KERANA.....

  • menjamin kestabilan negara
  • menjamin kecekapan
  • keadilan dalam sesebuah negara
  • menjamin hak kebebasan rakyat

rukun negara

JIKA RAKYAT MALAYSIA TIDAK MEMENTINGKAN NILAI KESOPANAN
DAN KESUSILAAN...........

  • Negara akan berada dalam keadaan huru-hara dan kucar-kacir
  • Tidak ada lagi nilai-nilai murni yang dapat diterapkan dalam diri manusia
  • Hilang rasa keperibadian sayang akan bangsa dan negara
  • hilang lambang keperibadian seorang individu

era

Pengenalan
  • Pada 20 Disember 1925, Encik Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi dikurniakan dengan seorang anak lelaki di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.
  • Anak bongsu ini dinamakan Mahathir bin Mohamad yang kini dikenali sebagai Tun Dr Mahathir bin Mohamad iaitu Perdana Menteri Malaysia yang keempat mulai 18 Julai 1981.

asal-usul

haa jom asal-usul beliau

  • Bermula di Sekolah Melayu Laki-laki Seberang Perak, Kedah.
  • Kemudian disambung ke Sekolah Inggeris Alor Setar (kini Maktab Sultan Abdul Hamid.
  • bersekolah di Sekolah Melayu Seberang Perak sebelum memasuki Sekolah Inggeris Kerajaan di Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Halim.
  • Semasa Jepun memerintah Malaya persekolahannya tergendala dan Tun Dr Mahathir bin Mohamad berkecimpung dalam perniagaan gerai kopi serta menjual buah-buahan dan barangan kraftangan di Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah.menyambung pelajarannya di sekolah yang sama pada tahun 1945 sehingga Senior Cambridge.
  • kemudiannya pada tahun 1947, melanjutkan pengajian ke King Edward VII College of Medicine, Universiti Malaya, Singapura.
  • Ketika zaman persekolahan lagi,beliau menentang Malayan Union dengan lantang dan menubuhkan Kemerupakan salah seorang ahli UMNO yang awal dengan kemasukan Kesatuan Melayu Kedah ke dalam UMNO. satuan Melayu Kedah serta Kesatuan Pemuda Melayu Kedah.
  • Dengan nama penanya 'Che Det' beliau banyak menulis tentang kisah-kisah yang melanda masyarakat Melayu yang tersiar dalam akhbar-akhbar tempatan.
  • Bakat kepimpinannya terselah semasa menuntut lagi apabila beliau dilantik sebagai Presiden, Pertubuhan Islam, Kolej Kedoktoran.
  • Penglibatan politiknya bermula pada tahun 1945 apabila Tun Dr Mahathir bin Mohamad menganggotai SABERKAS.
  • Pada tahun 1946,menyertai pula Kesatuan Melayu Kedah.
  • Apabila Kongres Melayu SeMalaya diadakan,beliau salah seorang pengasas UMNO apabila Kongres membuat resolusi untuk menubuhkan UMNO dan membuka keahliannya.
  • Beliau mendapat biasiswa untuk melanjutkan pengajian di bidang perubatan di Universiti Malaya, Singapura.
  • Semasa di Kolej Perubatan, dilantik sebagai Presiden Pertubuhan Islam dan Ketua Ridaksi majalah pelajar di Kolej Kedoktoran tersebut.
  • Di sinilah juga Tun Dr Mahathir bin Mohamad bertemu dan kemudiannya berkahwin dengan Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada 5 Ogos 1956, dan mereka dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura, dan Mazhar.
  • Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan pada 1953.
  • Beliau berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar dan kemudiannya di Pulau Langkawi.
  • 1957,beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan dan membuka klinik MAHA di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar.

Wednesday, July 29, 2009

sumbangan

ayuh kite lihat apa sumbangan beliau.jom!!!!

  • membersihkan dan meninggikan taraf perkhidmatan kerajaan dengan melancarkan kempen Bersih, Cekap dan Amanah.
  • Memperkenalkasistem `punch-card' di kalangan pegawai-pegawai kerajaan benar-benar membuka mata masyarakat.
  • Rakyat diberi keutamaan.
  • mendorong rakyat untuk `Pandang ke Timur' untuk mencapai kemajuan dari segi pendidikan, teknologi serta cara berfikir.
  • berani menyuarakan pendapat walaupun bertentangan dengan pemimpin-pemimpin negara Barat.
  • Dalam pilihanraya parti 1987, Tun Dr Mahathir bin Mohamad mengalahkan lawannya untuk mengekalkan jawatpada tahun 1990 dan 1993, sekali lagi Tun Dr Mahathir bin Mohamad menang tanpa bertanding sebagai Presiden parti.
  • Di bawah pentadbiran Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad, parti memerintah Barisan Nasional memenangi Pilihanraya Umum berturut-turut pada tahun 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999.

keistimewaan

mari kite lihat keistimewaan beliau

  • Tun Dr Mahathir bin Mohamad adalah seorang pemikir dan revolusiner.
  • Wawasan 2020 yang beliau utarakan pada 28 Februari 1991 dengan bermatlamatkan "ke arah pembentukan sebuah negara yang benar-benar maju dalam segala bidang secara seimbang meliputi ekonomi, politik sosial, kerohanian, psikologi dan kebudayaan".
  • memperkenalkan konsep Persyarikatan Malaysia di mana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyat adalah pekerja dan pemegang saham.
  • meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad(PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera.
  • Matlamat Wawasan 2020 ialah pembangunan yang berwajahkan kemanusiaan dengan persekitaran yang seimbang.
  • menampilkan 'Dasar Kependudukan 70 juta' ke arah menjadikan Malaysia mempunyai pasaran dalam negara yang mampu menyokong pengeluarannya.
  • tidak lupa menerapkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran.
  • Selain itu dibawah kepimpinannya, tertubuhlah Universiti Islam Antarabangsa.

Thursday, July 9, 2009

gambar makanan tradisional


jom kenal2 makanan tradisional malaysia
Makanan Melayu memang terkenal sebab rasanyer yang pedas dan lauknyer yang berempah.

Makanan2 tradisional yang masih popular...di bawah ini list makanan tradsional tahu....jom kita kenal makanan tradisional!!!!!!!!!!!

(contoh-contoh)Ø

Lauk Rendang

Lauk berempah kita hidangkan waktu perayaan Hari Raya. Kte boleh makananYe dengan nasi, roti or ketupat.

Ø Satay

Masih lagi digemari ramai. Bahan-bahan utamanya ialah daging ayam, lembu or babat. Satay nie kalau korang nak tahu ia dihidangkan bersama kuah kacang yang berempah dan pedas.

Ø Nasi Ambeng

Makanan campuran- nasi, sambal goreng, urap dan sebagainya.

Ø Nasi Lemak

Nasi yang ditanak bersma santan. Dihidangkan bersama sambal telur ataupun ikan bilis.Makanan-makanan tradisional yang kurang popular…

(contoh-contoh)

Ø Nasi Dagang

Merupakan campuran beras pulut dan beras biasa. Setelah ditanak, ia kemudian dicampur dengan santan. Hidangan ini sentiasa dimakan bersama lauk kari ikan or ulam.

Ø Keropok Lekor

Persis keropok ikan. Tetapi, ia tidak garing – sebaliknya berisi. Meskipun kurang dikenali, makanan nie sudah mula dijual di gerai2 bazar.

Ø Sata

Merupakan campuran daging ikan, bawang dan halia. Campuran nie disalut dengan daun pisang dan disangar.Ktorang Melayu, kita haruslah lestarikan makanan tradisional kami dan menyesuaikan diri dengan makanan2 kita. Mempunyai makanan tradisional sendiri ialah sesuatu yang harus dibanggakan kerana ia juga mencerminkan keunikan budaya kami sendiri.Ktorang harap makanan-makanan tradisional yang masih popular berkekalan popularitinya dan yang tidak popular pula, harap kita sama-sama 'menghidupkan' kmbali makanan2 tersebut.

gmbar di ats 2 gmbar nsi kerabu tau!!!!!!!


best tak nasi nie

ha!!!!!!kalau korang nak tahu nie ar nasi kerabu...best tahu...
nasi nie kalau korang nak tahu ariesya yang suke makan....huh!kalau die makan
ktorang kawan2 die pom die tak peduli.al-maklum ar makanan kegemaran
kan???hehe.......mesti korang nak tahu resipi nasi kerabu kan????

Bahan-bahan
10 kuntum bunga kantan
2 ulas bawang merah
2 sudu gula
2 batang serai
2 inci halia
20 biji lada hitam
Sejemput udang kering
1/2 biji kelapa
Sedikit asam jawa dan garam

Cara Membuatnya
1. Bunga kantan dimayang halus.
2. Bawang merah, halia, lada hitam dan udang digiling hingga lumat.
3. Kelapa diparut dan gaulkan dengan asam jawa, garam, gula dan bahan-bahan yang telah digiling. Kemudian gaulkan dengan bunga kantan.
4. Setelah disesuaikan rasanya bolehlah dihidangkan

Wednesday, July 8, 2009

Nasi Lemak Kegemaran Ramai..muah2

jom makan nasi lemak
oKay.. 1st of all, kitorang nak introduce nasi lemak yang sedap lagi berlemak..haha rasanye sume orang suka nasi lemak ni. nyum2.. lambatnya rehat. huhu baru pukul 10.. i jam lg.. hehee..
Nasi Lemak ni sedap dimakan dengan SaMbal Ikan BilIs,Ayam Goreng, Timun Btg,Kacang, and paling penting nasinya yang dimasak dengan air santan lemak manis..
Nak makan nasi lemak??
suruh mak korang masak yer.. senang jer..
caranyer mcm ni:

Nasi Lemak (Resipi tradisi, dimasak cara moden)
Bahan-bahan
6 cawan beras (beras wangi lagi sedap)
4 cawan santan4 cawan air (adjust sendiri, kalau nak lemak lebihkan santan, kalau beras keras masukkan lebih air)
Garam1 sudu besar halba (ni optional, tak bubuh pun tak pe)
2 helai daun pandan
1 inci halia1 batang serai dititik
3 biji bawang merah (dihiris halus)

Cara memasak
1. Basuh beras
2. Sukat air, santan, garam
3. Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi (rice cooker)
4. Masak sehingga kering.
5. Buka dan kacau, kalau nampak agak keras simbarkan air panas ke dalam nasi dan tutup balik
6. Ataupun, (cara yang aku suka buat sebab macam ni tak hancur nasi lemak tu). Ubah nasi ynag belum masak betul ni ke dalam steamer, kukus sampai nasi masak betu-betul.
7. Hidang kan lah.b. Nasi Lemak BertumisBahan-bahan sama seperti di atas.

Cara membuat
1. Potong bawang nipis2
2. Potong halia nipis dan halus
3. Panaskan 1 sudu minyak + 1 sudu ghee
4. Tumis bawang dan halia
5. Bila sudah garing masukkan air dan santan, perlahan sikit api, kacau supaya santan tak berketul dan pecah minyak
6.Bila dah mendidih masukkan beras, daun pandan, halba, serai dan garam secukup rasa.
7. Masak sampai nasi masak.Siap dah pun.

c. Sambal Tumis Ikan Bilis (Boleh ganti ikan bilis dengan udang hidup atau sotong basah)
Bahan-bahan
1. 10 tangkai Cili kering (kalau nak pedas tambah lah sendiri)
2. 4 ulas Bawang merah
3. 2 ulas bawang putih
4. Sedikit belacan
5. Air asam jawa
6. 1 cawan Santan kelapa ( optional)
7. 1 ulas bawang besar di potong bulat.
8. 100 g. Ikan bilis yang telah digoreng.
9. Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak
1. Blend cili kering, bawang . bawang merah, bawang putih dan belacan sehingga lumat.
2. Panaskan sedikit minyak masak ke dalam kuali (saucepan whatever). Minyak masak tu lebih kurang 3 sudu saja.
3. Bila minyak dah panas, masukkan bahan yang di blend tadi.
4. Kacau sehingga campuran cili tadi pecah minyak. (nampak macam berminyak kat dalam kuali tu)
5. Masukkan sedikit air asam jawa (lebik kurang 2 sudu je)
6. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng ke dalam sambal tadi
7. Gaul sampai sebati, then masukkan santan kelapa.
8. Masukkan garam dan gula secukup rasa
9. Masukkan hirisan bawang besar
10. Didihkan dan angkat dari stove.Dah sedia untuk dimakanKalau tak suka santan, masukkan air lebih sedikit untuk kuahnya..

Haa.. kan senang.. selamat mencuba, suruh mak korg masak!!!
kalau malas, beli je dekat warung .. murahhhhhh!!!!!!!!!!!!

Intro

........nie ar group ktorang!!!!!!salam perkenalan guys!!!!!!!.......

akhirnya,siap pun blog ni.. huhu
pada pukul 9, kitorg berjaya buat 1 blog.heheee..
ok, first of all jom berkenalan dengan creator blog ni..
kami2 ialah Abby,Afiqah,Ariesya & Ayuni, Aziemah,Izzah, Nasuha, Syafiqah, Waniey, .. (susun ikut urutan lagi)
Sekarang Ariesya&Ayuni je yang update. Abby tak berape sihat, Afiqah plak entah duk maner...
okla.. blog ni pasal makanan traditional malaysia..
blog ni saje untuk psk(projek sivik) cikgu Hisyam... =)))
lepas nie bolehla cikgu hisyam try masak makanan traditional.. hahaha.. gurau2
lagipun ni last year kat school!! bye